Posted in Blog

Bukit Piniapat, Pitas, Sabah.

Nice kan???

Bukit Piniapat, Pitas, Sabah.

Hi guys,

Jadi kalau kamurang mencari tempat hiking yang pendek saja trail dengan view yang cantik, inilah pilihan terbaik kamu, Bukit Piniapat! Bukit ini terletak di daerah Pitas, Sabah.

Nama Piniapat itu (saya agak2 lah..😂) dapat dari bentuk muka bumi bukit ini yang ada empat puncak. Best juga tau view sini terutamanya masa sunset. Sebab, dari puncak bukit kita boleh nampak laut dan masa matahari terbenam tu..aduhh cantik sangat.

Nampak nun jauh di sana Laut??

Macamana mahu ke sini?

Okay.. untuk ke starting point Bukit Piniapat, perlu guna kenderaan sendiri. Tidak ada public transport. Dari jalan utama Kota Marudu-Pitas, selepas jambatan di Sungai Mempakad, akan jumpa simpang untuk ke Bukit Piniapat. Perjalanan dari simpang tidaklah jauh sangat, dalam 10 minit perjalanan kereta, akan jumpa pondok yang menjual tiket masuk.

Inilah dia simpangnya.. betul2 selepas jambatan sungai Mempakad dari arah Kota Marudu.
Dewasa Rm2.00, kanak-kanak 7-11 tahun Rm 1.00

Ada dua laluan untuk ke puncak Bukit Piniapat, dari pondok menjual tiket yang pertama, ada laluan shortcut yang disediakan. Dari pondok ini cuma perlu hiking ke atas bukit dalam 10 minit untuk sampai puncak. Trail shortcut ini sesuai untuk mereka2 yang kesana semata-mata untuk gambar. Contohnya outdoor photography atau pre-wedding photoshoot.

Jalan ke depan sedikit dalam 100 meter dari pondok pertama, akan jumpa starting point untuk mereka yang datang untuk tujuan ‘hiking’. Dari starting point ni, perlu hiking turun naik bukit dalam lebih kurang 40 minit untuk ke puncak bukit (terpulang kelajuan kamu). Laluan ini lebih jauh dan sedikit curam. Tapi kan, sebenarnya tidaklah jauh sangat. Untuk mereka2 yang memang kaki hiking, mungkin kamurang tidak pun sempat penat.

Tapi jangan pula kamu ter’discouraged’.. sebab highlight utamanya ialah view yang cantik di puncak bukit ini. Banyak tempat yang instagramable di bukit ini. Dengan rumput lalang yang ditiup angin, pemandangan laut dan matahari terbenam.. pasti cantik tu gambar insta kamu. 😉

Sekian. Bye.

Author:

A dreamer. The other ducks said i am a duck, but i dream of becoming a SWAN. So I am going to find out.